Saturday, April 23, 2016

3(Tiga) Jenis Sulam Logo Patch Untuk Anda

Ini artikel ringkas mengenai jenis sulam logo patch dan cara order sulam logo patch dengan Eyang Fabrik D'Craft Enterprise

Jenis Sulam Logo Patch
  • 50% daripada sulam logo patch tidak dijahit dan kain dasar boleh dilihat. 
  • 75% daripada sulam logo patch mempunyai jahitan sulaman dan kain dasar hanya 25%.
  • 100% semua bahagian sulam logo patch jahitan sulaman.


Cara Mengira Saiz Sulam Logo Patch

Sebenarnya cara untuk menentukan saiz sulam logo patch anda adalah sangat senang. Ukur lebar dan tinggi sulam logo patch anda. Tambahkan dua ukuran tersebut kemudian bahagikan dengan 2(dua)


Formula sulam logo patch: (Lebar + Tinggi ) / 2

Contoh: 
  • 2"+4"=6
  • 6/2=3  Jadi saiz logo patch anda adalah 3

Cara Order Sulam Logo Patch

Langkah 1

Anda perlu hantar gambar sulam logo patch anda kepada Eyang Fabrik D'Craft Enterprise. Eyang galakkan supaya anda hantar fail .ai untuk sulam logo patch yang diingini.

Jika tidak ada .ai pastikan gambar yang anda hantar tidak pecah apabila dibesarkan.

Gambar pecah bila dibesarkan. Detail sukar dilihat.

Gambar besar dan detail masih boleh dilihat

Langkah 2

Nyatakan apa yang anda mahu buat, saiz sulam logo patch, bilangan sulam logo yang diperlukan.

Contoh: Saya nak sulam logo patch ini pada beg. Saiz nya 2X3inci. Bilangan sulam logo patch yang diperlukan adalah 30

Langkah 3

Hantar ke eyangdcraft@gmail.com dengan tajuk (Sulam logo patch)


Wednesday, April 20, 2016

Bila Boleh Siap Jahit Tanda Nama?

Sejak Eyang mulakan perniagaan sulaman berkomputer sehinggalah sekarang memang banyak tanda nama pelajar yang eyang dah buat. Alhamdulillah banyak tempahan tanda nama dari guru-guru sekolah semenjak sekolah-sekolah dah berhenti gunakan lencana dan pin besi.

Eyang kasihan dengan ibu-bapa yang mengeluh kerana tempahan tanda nama anak-anak siap bila sesi sekolah nak habis.

  • Ada yang kenakan bayaran tinggi untuk jahit tanda nama. 
  • Ada yang jahit tanda nama sekadar melepaskan batuk ditangga. Tak boleh baca langsung tanda nama

Tanda nama dari eyang



Tanda nama syarikat lain

Harga Jahit Tanda Nama Pelajar
1(satu) Tanda Nama untuk seorang pelajar berharga RM1.50

Kalau 4(empat) keping tanda nama berharga RM6.00 sahaja

Katakan ada pelanggan datang dengan senarai lebih 10(sepuluh) orang pelajar, harga jahit tanda nama untuk sekeping berharga 90sen (rm0.90) sahaja. Kalau 4(empat) keping berharga rm3.60 sahaja

"Senang dan cepat order dengan eyang ni. Bila ada tambahan selepas order eyang terima je walaupun sedikit" (Ustazah, SRAR Ar-Raudhatul Ulum, Chemor)

Sekarang Eyang mula menerima tempahan secara online. Senang. Cikgu sekolah yang nak jahit tanda nama pelajar boleh isi borang dan hantar nama pelajar. Penghantaran menggunakan pos. Jaminan perkhidmatan terbaik untuk jahit tanda nama dari Eyang Fabrik D'Craft Enterprise

Sunday, April 17, 2016

Sejarah ringkas baju polo

Izinkan saya terangkan sedikiti sejarah baju polo. Secara ringkasnya, baju polo adalah baju T dengan kolar, lengan pendek, mempunyai 2 atau 3 butang di leher dan diperbuat daripada fabrik kait. 

Kelihatan nya sangat formal tetapi sebenarnya cuba anda bayangkan betapa tidak selesa dan begitu panas di dalam baju pemain tersebut.
Anda mungkin pernah melihat gambar lama dari abad 20 dimana terdapat seorang pemain tenis yang sedang bermain tenis sambil memakai seluar putih bersama baju lengan panjang dan tali leher


Pada tahun 1920-an seorang lelaki Perancis bernama Rene Lacoste merupakan seorang pemain tenis yang ternama ketika itu. Beliau menang 7 kejohanan utama atau Grand Slam ketika zamannya.
Lacoste tidak begitu sukakan pakaian pemain tenis kerana ia sangat tidak selesa dan ingin menghasilkan sesuatu yang lebih selesa.
Pakaian yang terhasil merupakan baju putih, lengan pendek dan baju kain kapas(cotton) 
Beliau telah memakai rekaan baju baru itu di US Open 1926. Tahun yang sama juga dimana beliau telah menambah emblem buaya kecil disebabkan gelaran oleh peminat tenis dan media di bahagian dada kiri bajunya. Lacoste menjenamakan baju polonya dengan emblem buaya kecil sempena gelarannya “the crocodile”
Baju tenis Lacoste telah menyelesaikan pelbagai masalah yang terdapat pada baju tenis tradisional. 
Lengan pendek selesaikan masalah lengan panjang yang bergulung dan menggelebeh. Kola yang dikait pula boleh dibiarkan tidak berlipat untuk melindungi leher daripada panas matahari. Hujung yang panjang menyelesaikan masalah baju terkeluar dari seluar semasa bermain tenis. 
Pada tahun 1933 selepas bersara daripada sukan profesional tenis, Lacoste telah bergabung dengan rakannya di dalam industri pakaian untuk membuka syarikat yang dinamakan Chemise Lacoste. Mereka mula memasarkan baju tenis berjenama buaya tersebut secara meluas.
Pada masa yang sama di tempat lain, sukan polo dikenali juga sebagai sukan diraja merupakan salah satu acara sukan Olimpik pada tahun 1900 hingga 1939.
Sebelum inovasi Lacoste, pemain polo juga memakai pakaian yang tebal, tidak selesa yang diperbuat daripada kain kapas wooven. Jadi setelah pemain polo mula mengetahui tentang rekaan baju Lacoste mereka telah mula menggunakan baju tersebut secara meluas. 
Disebabkan penggunaan yang begitu meluas dalam sukan polo akhirnya nama baju polo semakin disebut-sebut. Pemain tenis juga mengenali baju mereka sebagai baju polo walaupun sukan tenis yang mula-mula menggunakan baju tersebut.
Pada tahun 1972, Ralph Lauren memasukkan baju polo nya sebagai asas rekaan fesyen milik beliau yang dikenali sebagai POLO. Rekaan ini yang menggunakan sulaman logo pemain sukan polo dan kuda, menguatkan lagi nama ‘baju polo’ oleh Rene Lacoste.
Kini baju polo digunakan secara meluas dalam sukan golf dan juga pakaian bukan sukan seperti uniform sekolah, uniform hospital dan lain-lain. Tujuan asal Rene Lacoste untuk menghasilkan baju yang selesa untuk sukan tenis akhirnya telah menjadi satu jenama yang besar dalam dunia fesyen dan industri pakaian.




Saturday, April 16, 2016

Ubah logo anda kepada sulaman benang berkualiti tinggi

Perkara pertama yang kami lakukan apabila pelanggan datang bersama design untuk sulaman ialah melihat samada logo tersebut akan mempunyai masalah setelah dijahit atau tidak.

Sejujurnya memang kami tidak suka menolak permintaan pelanggan, tetapi perkara ini perlu dilakukan kerana kami tahu ia takkan terhasil dengan baik apabila disulam. Untuk menjimatkan kos dan masa pelanggan, sifat dan proses sulaman mesin ni perlu lah difahami.

Apa yang perlu difahami ialah sifat, proses sulaman dan jenis material yang diperlukan. Ada kalanya eyang perlu ubah sedikit rekaan pelanggan untuk mengeluarkan hasil yang terbaik.

Jadi artikel kali ini eyang nak berikan sedikit panduan apa yang kami buat apabila menerima tempahan baru.

Warna sama tapi bukan 100%

Bekalan warna benang eyang terhad kepada apa yang pembekal sediakan saja. Eyang selalu mencadangkan warna benang kepada pelanggan sebelum proses sulaman supaya pelanggan dapat membayangkan hasilnya nanti.

Warna sampel yang ditunjukkan melalui komputer atau telefon sebenarnya ada sedikit perbezaan berbanding hasil depan mata.
Anda perlu betul-betul faham yea :-)

Sulaman tidak sama dengan skrin printing

Ketebalan dan saiz benang boleh memberi kesan kepada saiz logo yang perlu disulam. Tulisan yang terlampau kecil tidak akan menghasilkan hasil yang elok menggunakan sulaman.

Contohnya tinggi tulisan untuk topi perlulah sekurang-kurangnya 1/4inci tinggi untuk hasil jahitan yang baik. Jika saiz tulisan kurang dari 1/4inci hasilnya tidaklah bergitu cantik dan susah untuk dibaca. Jika dalam cm tulisan mesti lebih tinggi dari 0.6cm atau 6mm.

Walaupun sulaman ada kekurangan disebabkan fizikal benang, proses sulaman juga mempunyai kebaikan iaitu ia boleh memberikan bentuk 3D yang cantik yang tak boleh dihasilkan menggunakan proses lain.

Warna solid menghasilkan sulaman yang terbaik

Kebiasaannya eyang akan cadangkan kepada pelanggan supaya warna pada logo ditukar kepada warna solid  untuk hasil yang terbaik.

Cuba elakkan campuran warna yang ketara pada logo kerana ia tidak akan hasilkan sulaman yang baik terutamanya pada saiz yang kecil.

Berikan gambar logo sejelasnya

Hasil sulaman logo bergantung kepada kualiti gambar (artwork). Pastikan gambar yang anda berikan bukan gambar yang terlampau kecil dan sukar untuk dilihat perinciannya. Proses ‘digitizing’ akan mengambil masa yang lama jika gambar logo anda sukar dilihat.

Gambar berskala kecil atau gambar resolusi kecil yang diambil terus dari website internet akan pecah jika dibesarkan. Jadi memang sukar untuk menghasilkan sulaman mengikut gambar tersebut.

Jenis kain juga penting

Jenis fabrik juga memberikan kesan kepada hasil akhir. Sebagai contoh, jika design tersebut khas untuk tuala garisan pada design tersebut perlu ditebalkan supaya ia tidak tenggelam pada tuala.

Dengan kata lain eyang perlu tahu anda mahu jahit logo pada fabrik apa supaya proses ‘digitizing’ mengikut jenis fabrik pilihan anda. Jadi fabrik yang berbeza perlukan blok sulaman yang berbeza supaya dapat hasil yang terbaik dan cantik.

Warna fabrik dan warna benang

Anda sebenarnya mempunyai 2 (dua) pilihan berkaitan warna untuk sulaman. Tidak ramai yang tahu gabungan warna yang boleh menghasilkan sulaman yang benar-benar menyerlah.

Tone-on-tone: Gabungan warna benang hampir sama dengan warna fabrik.
Tujuan: Klasik, Tidak Ketara, Lembut 

Warna Kontra: Gabungan warna fabrik cerah dan benang warna gelap (atau sebaliknya)
Tujuan: Ketara, Promosi, Senang dilihat

Bilangan jahitan

Tidak semua material atau fabrik sesuai untuk bilangan jahitan yang besar. Fabrik lembut seperti t-shirt atau baju polo akan kelihatan tebal dan mengelembung jika dijahit terlalu tebal.

Nipis dan halus tidak semestinya cantik

Tulisan yang cantik di atas kertas belum tentu menjamin hasil yang baik bila disulam. Font tulisan perlulah diubah suai seperti ketebalan dan saiz . Mungkin eyang akan cadangkan supaya tulisan anda diubah suai kepada jenis bold. Fabrik akan koyak jika garisan jahitan terlalu nipis disebabkan lubang jarum yang terlampau dekat antara satu sama lain.