Thursday, May 5, 2016

Nak Buang Logo Sulaman Lama? Boleh ke??




Saya tergerak untuk berkongsi tentang kesan yang terjadi apabila anda mahu mengeluarkan logo sulaman daripada baju. Terdapat contoh beberapa situasi yang menyebabkan perkara ini perlu dilakukan antaranya:




  1. Pelanggan mempunyai baju kegemaran dan hanya mahu logo baru untuk jadikan ia seperti baru.
  2. Syarikat milik pelanggan sudah mempunyai pakaian berlogo syarikat tapi sekarang syarikat mempunyai logo baru dan mahu menggantikan logo yang lama pada pakaian. Cara ini lebih jimat kerana tidak perlu mengeluarkan kos membeli pakaian baru.


Berdasarkan keadaan di atas, langkah paling baik adalah dengan mengeluarkan logo lama dan jahit logo baru atau terus menggantikan logo yang baru diatas logo lama.


Apa yang saya nak anda faham adalah proses ini boleh dilakukan tetapi ia sangat sukar.


Sulaman logo menggunakan kaedah yang dipanggil 'direct embroidery'. Dalam kaedah ini logo dijahit ke dalam material pakaian.

Kemudian terhasil lah gabungan pakaian dan logo yang sangat cantik.

Jadi untuk mengeluarkan sulaman logo tersebut pastilah tidak senang tetapi ia memang boleh dikeluarkan.

Keberkesanan proses membuang logo baju ini dipengaruhi oleh beberapa faktor.

Jenis baju: Baju korporat lebih senang untuk membuang logo kerana material nya yang tidak mudah meregang. Manakala baju tshirt sukan agak sukar untuk tidak merosakkan baju itu kerana kainnya yang agak lembut dan nipis.

Bentuk logo: Logo baju yang mempunyai detail yang kecil dan kompleks lebih sukar untuk dibuang berbanding logo yang mudah dan hanya mempunyai bentuk ringkas.

Kesan jahitan logo: Logo baju yang biasa mempunyai 5000 hingga 10,000 mata jahitan. Lubang mata jahitan ini mungkin hilang atau kekal bergantung kepada jenis baju material pakaian. Jadi amat penting untuk anda tahu saiz logo baju baru supaya logo sulaman tersebut boleh menutup keseluruhan kawasan logo lama.

Mahu tahu alat dan cara mudah untuk buang logo sulaman lama pada baju? Klik link ini.


















No comments:

Post a Comment