Monday, June 27, 2016

Cenderahati perkahwinan murah kurang RM1..

Cenderahati perkahwinan adalah satu simbol meraikan pasangan yang berkahwin. Hadiah cenderahati perkahwinan yang terbaik mempunyai nama dan tarikh supaya ia lebih special . Antara cenderahati perkahwinan yang murah termasuk alas cawan, mini jar, kotak perhiasan, kotak tin, lilin, pasu, dan hadiah mini lain.


Tapi Jika bajet anda kecil, terdapat cenderahati perkahwinan murah yang boleh diperoleh dengan harga RM1 je! Contohnya beg dan kotak kertas. Beg bukan saja murah tetapi boleh di isi dengan barangan seperti gula-gula dan cenderahati lain. Kanak-kanak juga suka jika beg dan kotak kertas anda berwarna ceria dan ada manisan seperti coklat dan gula di dalamnya. 




Wednesday, June 15, 2016

8 Tahap Sijil Kemahiran Malaysia Yang Tak Ramai Tahu

Sijil Kemahiran Malaysia dikeluarkan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) berdasarkan program kemahiran yang disediakan oleh penyedia latihan awam atau swasta.Artikel eyang kali ni akan senaraikan 8 peringkat dan tahap Sijil Kemahiran Malaysia:

SKM Tahap 1:Peringkat Operasi & Pengeluaran (SKM)

SKM Tahap 2:Peringkat Operasi & Pengeluaran (SKM)

SKM Tahap 3:Peringkat Penyeliaan (SKM)

DKM Tahap 4:Peringkat Penyeliaan (Diploma Kemahiran M'sia)

DLKM Tahap 5:Peringkat Pengurusan (Diploma Lanjutan Kemahiran M'sia)

TKM Tahap 6:Peringkat Pengurusan (Teknologi Kemahiran M'sia)

MKM Tahap 7:Peringkat Teknologi Pakar (M'sia Skills Maister)

MTM Tahap 8:Peringkat Senior Teknologi Pakar (M'sian Skills Technology)

Setiap peringkat dan tahap Sijil Kemahiran Malaysia menunjukkan tahap kemahiran individu yang mengikuti sesuatu program SKM.

Sijil Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui tiga (3) kaedah:

Kaedah Pertama: Melalui Latihan di Institusi yang diiktiraf. Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.

Kaedah Kedua: Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

Kaedah Ketiga: Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT). Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian.

Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

Video komersial Sijil Kemahiran Malaysia..



Pelbagai bantuan dan program di negara dapat membantu individu yang mahu peningkatan dalam hidup. Semoga info tentang Sijil Kemahiran Malaysia ini serba sedikit boleh membantu :-)

















Wednesday, June 8, 2016

3 Tip Simple Sangat Buat Duit Dengan Mesin Jahit

Tip buat duit dengan mesin jahit


Bisnes dengan mesin jahit merupakan impian 87% wanita di Malaysia. Jadi pastikan anda simpan 3 tip penting untuk buat duit dengan mesin jahit ni.

Jadikan diri anda profesional
Ambil tahu tentang pesaing anda. Kaji harga mereka supaya anda tidak letakkan harga servis mesin jahit anda terlalu murah atau terlampau mahal..


Simpan segala rekod belian dan jualan yang melibatkan mesin jahit dan perniagaan anda. Perhatikan aliran tunai anda untuk pastikan bisnes mesin jahit anda memang sedang buat keuntungan.

Berpijak di bumi yang nyata
Perniagaan mesin jahit bukan perniagaan yang boleh buatkan anda kaya dalam masa yang singkat. Penting sangat untuk anda faham kejayaan semasa berniaga boleh dicapai dengan pembelajaran yang berterusan. Sentiasa mencari individu lebih pakar dalam bidang yang sama supaya anda dapat belajar melalui pengalaman mereka.

Perniagaan VS Hobi
Mesin jahit anda sekarang dah menjadi mesin buat duit dari rumah. Jadi anda perlu jadikan ia perniagaan yang serius. Bagi sesetengah wanita, menjahit hanyalah hobi masa lapang. Tapi anda dah capai aras yang lebih tinggi dengan jadikan hobi anda sebagai perniagaan. Anda perlu belajar asingkan sikap menjahit semasa hobi kepada sikap profesional perniagaan mesin jahit. Jadikan feedback dari kastemer sebagai pemangkin untuk anda perbaiki teknik anda menjahit.

Ini 3 tip asas dan penting buat duit dengan mesin jahit.

Tip faham warna asas

Warna asas adalah satu kumpulan warna yang boleh dicampur antara satu sama lain bagi menghasilkan pelbagai warna baru. Warna asas terdiri daripada warna merah, biru dan kuning
warna asas
Campuran warna merah dan biru menghasilkan warna unggu. Warna hijau terhasil daripada campuran warna kuning dan biru. Manakala warna kuning dan merah menghasilkan warna jingga.

Warna baru yang terhasil tu pula dipanggil warna sekunder. Warna sekunder ialah jingga, hijau, dan unggu.

Warna asas bila dicampur dengan warna sekunder pula akan menghasilkan warna tertier atau warna ketiga. Warna tertier ni adalah warna yang lembut.
Warna asas.



Warna asas.

Khidmat Sulam Online. http://servissulam.com




Thursday, June 2, 2016

Ini tips pilih baju korporat

Tips Pemilihan Baju Korporat

baju korporat

Ramai yang beranggapan baju korporat hanya sekadar sehelai pakaian yang biasa. Tapi sebenarnya baju korporat juga boleh memberi impak dari segi penampilan si pemakai. 

Antara waktu yang paling dipakai ialah ketika ke pejabat, menghadiri mesyuarat penting atau pun majlis formal. Namun ramai juga yang masih samar-samar tentang bagaiana memilih baju korporat yang sesuai untuk menyerlahkan lagi penampilan berbeza. Banyak perkara yang perlu kita tahu tentang sehelai baju korporat. Ini termasuklah kualiti, stail dan perinciannya. 

Tips berikut membantu kita semua memilih sehelai baju korporat yang tepat.

1. Warna baju korporat

Warna baju yang sesuai dengan imej syarikat akan meningkatkan lagi keyakinan pelanggan untuk berinteraksi dengan kita. Kombinasi warna yang sesuai dalam baju korporat amat penting untuk menjaga imej korporat syarikat. Apa yang paling penting ialah menyerlahkan warna dan bukannya corak.

2. Fabrik

Terdapat 3 fabrik baju korporat yang sering digunakan iaitu:

i) Comb Cotton 

Kain jenis ini mudah dibasuh,lembut,tahan lama,sejuk dan selesa dipakai. Keburukan cotton ialah ianya cepat melebar dan warnanya cepat hilang dibawah cahaya matahari. Pakaian sukan dan pakaian kanak-kanak disarankan memilih kain jenis ini.

ii) Viscose
Viscose mempunyai rupa seperti sutera dan rasa, ia bernafas seperti kapas dan mempunyai baik 'drape.' Ia agak ringan, mengakibatkan dalam pakaian ringan.


iii) Poly Soft
Kelebihan baju korporat jenis poly soft adalah bahawa ia adalah kuat dan tahan kusut. Malahan baju korporat jenis ini dapat mengekalkan bentuk pakaian dengan agak baik. Tahukah anda fabrik ini sering dicampur dengan kapas untuk membantu mengekalkan bentuk dan mencegah dari kedutan. Di samping itu baju korporat jenis poly soft ini juga sangan mudah dicuci. Ia agak lembut dan licin.

3. Design/ Reka Bentuk

Reka bentuk baju korporat merupakan ciri paling utama semasa pemilihan pakaiani. Ia bergantung dengan konsep dan tujuan korporat samada pelanggan mahukan sesuatu yang ringkas atau unik dalam menentukan identiti korporat masing-masing. Baju korporat berwarna putih biasanya lebih formal berbanding yang berwarna-warni.

4. Saiz

Perkara penting yang mesti anda tahu dan pastikan sebelum membeli sehelai baju korporat adalah saiznya. Adakah saiz yang anda pilih sepadan dengan saiz tubuh anda? Adakah ia terlalu kecil atau terlalu besar? Kini terdapat pelbagai jenis potongan baju. 

Slim fit antara yang semakin popular berbanding potongan klasik. Untuk anda berbadan besar, pilihlah saiz yang sepadan. Saiz terlalu besar membuatkan anda kelihatan lebih besar. 

Bagi mereka yang agak berotot, slim fit membuatkan anda tampil segak bergaya.

Semoga tips baju korporat ini memberi manfaat kepada anda.

Wednesday, June 1, 2016

3 Tips mudah pilih langsir baru


Bila dah pilih langsir dan pasang. Tetiba nampak suram! Alamak! Langsir lama lagi lawa ke?? Tapi dah pasang langsir baru ni. Haiissh... Terima je la


Itu antara keluhan kebanyakan suri rumah bila memilih langsir.

Langsir memainkan peranan yang cukup besar untuk menyerikan ruang dalaman sebuah rumah. Tapi masih ramai yang tidak tahu bagaimana pilih langsir yang sesuai.

Artikel kali ni akan berikan anda tips memilih langsir dengan betul.

Tips 1: Warna dan Fabrik

Jenis fabrik sangat penting ketika memilih langsir. "Jika ia terlalu tebal dan berat, langsir tidak boleh diikat dengan baik apabila dirapatkan. Jika langsir terlalu ringan dan nipis, ia senang bergerak apabila ditiup angin dari luar dan dalam rumah.

langsir

Tips 2: Cahaya matahari dan langsir
Cahaya matahari boleh melunturkan warna fabrik langsir. Jadi anda perlu lihat keadaan ruang anda dulu. Pilih warna fabrik yang agak gelap jika ia senang dimasuki cahaya.

Sebaliknya jika anda memilih warna terang, ia akan cepat pudar kerana cahaya.

Anda boleh abaikan tips ini jika anda seorang yang kerap tukar langsir. Saya sarankan anda pilih warna neutral jika tidak mahu ia cepat pudar. Warna neutral juga lebih senang masuk dengan warna ruang anda.

Warna neutral juga lebih senang masuk dengan kebanyakan warna bilik

Tips 3: Panjang dan Lebar

Anda perlu buat keputusan berapa tinggi langsir akan dipasang. Panel yang dipasang tinggi daripada tingkap akan memberikan satu perasaan bilik yang tinggi. Kebiasaannya pereka dalaman akan memasang langsir atas 6 inci daripada frame tingkap. Tapi jika anda mahukan perasaan yang lebih dramatik saya sarankan anda pasang langsir lebih tinggi daripada 6 inci.

Tambah empat(4) hingga lapan(8) inci inci di kedua-dua belah langsir supaya langsir dapat menutup tingkap dengan baik. Jangan tambah terlalu banyak kerana anda pasti tidak mahu langsir menghalang terlalu banyak ruang tingkap walaupun langsir telah diikat.

 Sekarang anda dah faham tentang apa yang perlu diambil kira ketika memilih langsir. :-)

Monday, May 30, 2016

5 Tips membeli design sulaman berkomputer yang berkualiti

Sekarang anda boleh membeli design sulaman berkomputer dengan mudah dan cepat. Dengan hanya beberapa klik selepas tu anda dah boleh jahit design sulaman tu di mesin anda.

Tapi antara penjual design sulaman berkomputer ini ada juga yang menjual design yang berkualiti rendah. Anda lihat gambar yang ditunjukkan tidak nampak kesalahan tetapi sebaik sahaja anda jahit di mesin. Segala kecacatan design tersebut mula terserlah.

So bagaimana nak bezakan design sulaman yang baik dengan tidak baik?

Saya akan berikan 5 tips mudah kepada anda tentang bagaimana ketahui kualiti sesuatu design sulaman itu.

1)  Selidik latar belakang penjual tersebut. Adakah penjual tersebut mempunyai syarikat yang berdaftar dengan SSM?  Adakah penjual tu baru lagi menjual design sulaman berkomputer?

2)  Lihat samada penjual design sulaman tu ada gambar design sebenar yang telah dijahit pada kain. Gambar pada komputer sememangnya cantik tetapi sebenar nya hasil selepas jahitan nanti belum tentu baik. Gambar sebenar akan tunjukkan kualiti sebenar design sulaman.

3)  Adakah design sulaman itu nampak profesional? Jahitannya mesti kemas dan teratur.

4)  Penjual terbaik dan profesional selalunya akan memberi contoh design  sulaman mereka secara PERCUMA. Jika tidak anda perlu hubungi mereka dan minta sampel design sulaman. Anda akan tahu kualiti design sulaman tersebut setelah anda jahit sendiri.

5)  Lihat pada testimoni atau kata-kata pelanggan lama penjual design sulaman tu. Jika banyak testimoni positif maka anda tahu design sulaman tersebut berkualiti. Sebaliknya jika banyak testimoni negatif maka anda tidak perlu membeli daripada penjual itu.

Friday, May 27, 2016

Download Design Bendera Johor

Anda nak sulam bendera Johor? Boleh download disini
bendera johor
Detail: Bendera Johor
Saiz design: 2.2"x 1"
Saiz hoop: 4"x4"
Format bendera johor: pes
Mesin: Brother
Link: Download Sekarang

Jika anda mahu bendera johor dalam format lain, hubungi kami.

Thursday, May 5, 2016

Nak Buang Logo Sulaman Lama? Boleh ke??




Saya tergerak untuk berkongsi tentang kesan yang terjadi apabila anda mahu mengeluarkan logo sulaman daripada baju. Terdapat contoh beberapa situasi yang menyebabkan perkara ini perlu dilakukan antaranya:




  1. Pelanggan mempunyai baju kegemaran dan hanya mahu logo baru untuk jadikan ia seperti baru.
  2. Syarikat milik pelanggan sudah mempunyai pakaian berlogo syarikat tapi sekarang syarikat mempunyai logo baru dan mahu menggantikan logo yang lama pada pakaian. Cara ini lebih jimat kerana tidak perlu mengeluarkan kos membeli pakaian baru.


Berdasarkan keadaan di atas, langkah paling baik adalah dengan mengeluarkan logo lama dan jahit logo baru atau terus menggantikan logo yang baru diatas logo lama.


Apa yang saya nak anda faham adalah proses ini boleh dilakukan tetapi ia sangat sukar.


Sulaman logo menggunakan kaedah yang dipanggil 'direct embroidery'. Dalam kaedah ini logo dijahit ke dalam material pakaian.

Kemudian terhasil lah gabungan pakaian dan logo yang sangat cantik.

Jadi untuk mengeluarkan sulaman logo tersebut pastilah tidak senang tetapi ia memang boleh dikeluarkan.

Keberkesanan proses membuang logo baju ini dipengaruhi oleh beberapa faktor.

Jenis baju: Baju korporat lebih senang untuk membuang logo kerana material nya yang tidak mudah meregang. Manakala baju tshirt sukan agak sukar untuk tidak merosakkan baju itu kerana kainnya yang agak lembut dan nipis.

Bentuk logo: Logo baju yang mempunyai detail yang kecil dan kompleks lebih sukar untuk dibuang berbanding logo yang mudah dan hanya mempunyai bentuk ringkas.

Kesan jahitan logo: Logo baju yang biasa mempunyai 5000 hingga 10,000 mata jahitan. Lubang mata jahitan ini mungkin hilang atau kekal bergantung kepada jenis baju material pakaian. Jadi amat penting untuk anda tahu saiz logo baju baru supaya logo sulaman tersebut boleh menutup keseluruhan kawasan logo lama.

Mahu tahu alat dan cara mudah untuk buang logo sulaman lama pada baju? Klik link ini.


















Saturday, April 23, 2016

3(Tiga) Jenis Sulam Logo Patch Untuk Anda

Ini artikel ringkas mengenai jenis sulam logo patch dan cara order sulam logo patch dengan Eyang Fabrik D'Craft Enterprise

Jenis Sulam Logo Patch
  • 50% daripada sulam logo patch tidak dijahit dan kain dasar boleh dilihat. 
  • 75% daripada sulam logo patch mempunyai jahitan sulaman dan kain dasar hanya 25%.
  • 100% semua bahagian sulam logo patch jahitan sulaman.


Cara Mengira Saiz Sulam Logo Patch

Sebenarnya cara untuk menentukan saiz sulam logo patch anda adalah sangat senang. Ukur lebar dan tinggi sulam logo patch anda. Tambahkan dua ukuran tersebut kemudian bahagikan dengan 2(dua)


Formula sulam logo patch: (Lebar + Tinggi ) / 2

Contoh: 
  • 2"+4"=6
  • 6/2=3  Jadi saiz logo patch anda adalah 3

Cara Order Sulam Logo Patch

Langkah 1

Anda perlu hantar gambar sulam logo patch anda kepada Eyang Fabrik D'Craft Enterprise. Eyang galakkan supaya anda hantar fail .ai untuk sulam logo patch yang diingini.

Jika tidak ada .ai pastikan gambar yang anda hantar tidak pecah apabila dibesarkan.

Gambar pecah bila dibesarkan. Detail sukar dilihat.

Gambar besar dan detail masih boleh dilihat

Langkah 2

Nyatakan apa yang anda mahu buat, saiz sulam logo patch, bilangan sulam logo yang diperlukan.

Contoh: Saya nak sulam logo patch ini pada beg. Saiz nya 2X3inci. Bilangan sulam logo patch yang diperlukan adalah 30

Langkah 3

Hantar ke eyangdcraft@gmail.com dengan tajuk (Sulam logo patch)


Wednesday, April 20, 2016

Bila Boleh Siap Jahit Tanda Nama?

Sejak Eyang mulakan perniagaan sulaman berkomputer sehinggalah sekarang memang banyak tanda nama pelajar yang eyang dah buat. Alhamdulillah banyak tempahan tanda nama dari guru-guru sekolah semenjak sekolah-sekolah dah berhenti gunakan lencana dan pin besi.

Eyang kasihan dengan ibu-bapa yang mengeluh kerana tempahan tanda nama anak-anak siap bila sesi sekolah nak habis.

  • Ada yang kenakan bayaran tinggi untuk jahit tanda nama. 
  • Ada yang jahit tanda nama sekadar melepaskan batuk ditangga. Tak boleh baca langsung tanda nama

Tanda nama dari eyang



Tanda nama syarikat lain

Harga Jahit Tanda Nama Pelajar
1(satu) Tanda Nama untuk seorang pelajar berharga RM1.50

Kalau 4(empat) keping tanda nama berharga RM6.00 sahaja

Katakan ada pelanggan datang dengan senarai lebih 10(sepuluh) orang pelajar, harga jahit tanda nama untuk sekeping berharga 90sen (rm0.90) sahaja. Kalau 4(empat) keping berharga rm3.60 sahaja

"Senang dan cepat order dengan eyang ni. Bila ada tambahan selepas order eyang terima je walaupun sedikit" (Ustazah, SRAR Ar-Raudhatul Ulum, Chemor)

Sekarang Eyang mula menerima tempahan secara online. Senang. Cikgu sekolah yang nak jahit tanda nama pelajar boleh isi borang dan hantar nama pelajar. Penghantaran menggunakan pos. Jaminan perkhidmatan terbaik untuk jahit tanda nama dari Eyang Fabrik D'Craft Enterprise

Sunday, April 17, 2016

Sejarah ringkas baju polo

Izinkan saya terangkan sedikiti sejarah baju polo. Secara ringkasnya, baju polo adalah baju T dengan kolar, lengan pendek, mempunyai 2 atau 3 butang di leher dan diperbuat daripada fabrik kait. 

Kelihatan nya sangat formal tetapi sebenarnya cuba anda bayangkan betapa tidak selesa dan begitu panas di dalam baju pemain tersebut.
Anda mungkin pernah melihat gambar lama dari abad 20 dimana terdapat seorang pemain tenis yang sedang bermain tenis sambil memakai seluar putih bersama baju lengan panjang dan tali leher


Pada tahun 1920-an seorang lelaki Perancis bernama Rene Lacoste merupakan seorang pemain tenis yang ternama ketika itu. Beliau menang 7 kejohanan utama atau Grand Slam ketika zamannya.
Lacoste tidak begitu sukakan pakaian pemain tenis kerana ia sangat tidak selesa dan ingin menghasilkan sesuatu yang lebih selesa.
Pakaian yang terhasil merupakan baju putih, lengan pendek dan baju kain kapas(cotton) 
Beliau telah memakai rekaan baju baru itu di US Open 1926. Tahun yang sama juga dimana beliau telah menambah emblem buaya kecil disebabkan gelaran oleh peminat tenis dan media di bahagian dada kiri bajunya. Lacoste menjenamakan baju polonya dengan emblem buaya kecil sempena gelarannya “the crocodile”
Baju tenis Lacoste telah menyelesaikan pelbagai masalah yang terdapat pada baju tenis tradisional. 
Lengan pendek selesaikan masalah lengan panjang yang bergulung dan menggelebeh. Kola yang dikait pula boleh dibiarkan tidak berlipat untuk melindungi leher daripada panas matahari. Hujung yang panjang menyelesaikan masalah baju terkeluar dari seluar semasa bermain tenis. 
Pada tahun 1933 selepas bersara daripada sukan profesional tenis, Lacoste telah bergabung dengan rakannya di dalam industri pakaian untuk membuka syarikat yang dinamakan Chemise Lacoste. Mereka mula memasarkan baju tenis berjenama buaya tersebut secara meluas.
Pada masa yang sama di tempat lain, sukan polo dikenali juga sebagai sukan diraja merupakan salah satu acara sukan Olimpik pada tahun 1900 hingga 1939.
Sebelum inovasi Lacoste, pemain polo juga memakai pakaian yang tebal, tidak selesa yang diperbuat daripada kain kapas wooven. Jadi setelah pemain polo mula mengetahui tentang rekaan baju Lacoste mereka telah mula menggunakan baju tersebut secara meluas. 
Disebabkan penggunaan yang begitu meluas dalam sukan polo akhirnya nama baju polo semakin disebut-sebut. Pemain tenis juga mengenali baju mereka sebagai baju polo walaupun sukan tenis yang mula-mula menggunakan baju tersebut.
Pada tahun 1972, Ralph Lauren memasukkan baju polo nya sebagai asas rekaan fesyen milik beliau yang dikenali sebagai POLO. Rekaan ini yang menggunakan sulaman logo pemain sukan polo dan kuda, menguatkan lagi nama ‘baju polo’ oleh Rene Lacoste.
Kini baju polo digunakan secara meluas dalam sukan golf dan juga pakaian bukan sukan seperti uniform sekolah, uniform hospital dan lain-lain. Tujuan asal Rene Lacoste untuk menghasilkan baju yang selesa untuk sukan tenis akhirnya telah menjadi satu jenama yang besar dalam dunia fesyen dan industri pakaian.




Saturday, April 16, 2016

Ubah logo anda kepada sulaman benang berkualiti tinggi

Perkara pertama yang kami lakukan apabila pelanggan datang bersama design untuk sulaman ialah melihat samada logo tersebut akan mempunyai masalah setelah dijahit atau tidak.

Sejujurnya memang kami tidak suka menolak permintaan pelanggan, tetapi perkara ini perlu dilakukan kerana kami tahu ia takkan terhasil dengan baik apabila disulam. Untuk menjimatkan kos dan masa pelanggan, sifat dan proses sulaman mesin ni perlu lah difahami.

Apa yang perlu difahami ialah sifat, proses sulaman dan jenis material yang diperlukan. Ada kalanya eyang perlu ubah sedikit rekaan pelanggan untuk mengeluarkan hasil yang terbaik.

Jadi artikel kali ini eyang nak berikan sedikit panduan apa yang kami buat apabila menerima tempahan baru.

Warna sama tapi bukan 100%

Bekalan warna benang eyang terhad kepada apa yang pembekal sediakan saja. Eyang selalu mencadangkan warna benang kepada pelanggan sebelum proses sulaman supaya pelanggan dapat membayangkan hasilnya nanti.

Warna sampel yang ditunjukkan melalui komputer atau telefon sebenarnya ada sedikit perbezaan berbanding hasil depan mata.
Anda perlu betul-betul faham yea :-)

Sulaman tidak sama dengan skrin printing

Ketebalan dan saiz benang boleh memberi kesan kepada saiz logo yang perlu disulam. Tulisan yang terlampau kecil tidak akan menghasilkan hasil yang elok menggunakan sulaman.

Contohnya tinggi tulisan untuk topi perlulah sekurang-kurangnya 1/4inci tinggi untuk hasil jahitan yang baik. Jika saiz tulisan kurang dari 1/4inci hasilnya tidaklah bergitu cantik dan susah untuk dibaca. Jika dalam cm tulisan mesti lebih tinggi dari 0.6cm atau 6mm.

Walaupun sulaman ada kekurangan disebabkan fizikal benang, proses sulaman juga mempunyai kebaikan iaitu ia boleh memberikan bentuk 3D yang cantik yang tak boleh dihasilkan menggunakan proses lain.

Warna solid menghasilkan sulaman yang terbaik

Kebiasaannya eyang akan cadangkan kepada pelanggan supaya warna pada logo ditukar kepada warna solid  untuk hasil yang terbaik.

Cuba elakkan campuran warna yang ketara pada logo kerana ia tidak akan hasilkan sulaman yang baik terutamanya pada saiz yang kecil.

Berikan gambar logo sejelasnya

Hasil sulaman logo bergantung kepada kualiti gambar (artwork). Pastikan gambar yang anda berikan bukan gambar yang terlampau kecil dan sukar untuk dilihat perinciannya. Proses ‘digitizing’ akan mengambil masa yang lama jika gambar logo anda sukar dilihat.

Gambar berskala kecil atau gambar resolusi kecil yang diambil terus dari website internet akan pecah jika dibesarkan. Jadi memang sukar untuk menghasilkan sulaman mengikut gambar tersebut.

Jenis kain juga penting

Jenis fabrik juga memberikan kesan kepada hasil akhir. Sebagai contoh, jika design tersebut khas untuk tuala garisan pada design tersebut perlu ditebalkan supaya ia tidak tenggelam pada tuala.

Dengan kata lain eyang perlu tahu anda mahu jahit logo pada fabrik apa supaya proses ‘digitizing’ mengikut jenis fabrik pilihan anda. Jadi fabrik yang berbeza perlukan blok sulaman yang berbeza supaya dapat hasil yang terbaik dan cantik.

Warna fabrik dan warna benang

Anda sebenarnya mempunyai 2 (dua) pilihan berkaitan warna untuk sulaman. Tidak ramai yang tahu gabungan warna yang boleh menghasilkan sulaman yang benar-benar menyerlah.

Tone-on-tone: Gabungan warna benang hampir sama dengan warna fabrik.
Tujuan: Klasik, Tidak Ketara, Lembut 

Warna Kontra: Gabungan warna fabrik cerah dan benang warna gelap (atau sebaliknya)
Tujuan: Ketara, Promosi, Senang dilihat

Bilangan jahitan

Tidak semua material atau fabrik sesuai untuk bilangan jahitan yang besar. Fabrik lembut seperti t-shirt atau baju polo akan kelihatan tebal dan mengelembung jika dijahit terlalu tebal.

Nipis dan halus tidak semestinya cantik

Tulisan yang cantik di atas kertas belum tentu menjamin hasil yang baik bila disulam. Font tulisan perlulah diubah suai seperti ketebalan dan saiz . Mungkin eyang akan cadangkan supaya tulisan anda diubah suai kepada jenis bold. Fabrik akan koyak jika garisan jahitan terlalu nipis disebabkan lubang jarum yang terlampau dekat antara satu sama lain.

Sunday, March 27, 2016

Yang mana lebih baik antara sulaman logo dan printing baju?

Sulaman logo dan printing baju merupakan dua kaedah meletakkan logo pada pakaian.


Tuala homestay, hotel, syarikat korporat dan tuala 
hantaran perkahwinan digunakan secara meluas di Malaysia
Dengan sulaman logo, logo anda dihasilkan menggunakan variasi warna benang. 

Benang ini dijahit pada pakaian atau kain anda dengan bantuan mesin sulaman berkomputer. 

Semasa sulaman logo, setiap "artwork" atau logo anda perlu di “digitized” kepada program komputer supaya mesin sulaman faham dan tahu apa yang perlu dijahit.

Berbeza dengan printing baju, logo anda dihasilkan menggunakan variasi warna dakwat. Dakwat dakwat ini dimampatkan melalui lubang skrin (atau stencils) dan terus ke atas pakaian anda. 

Stencils perlu dihasilkan mengikut bilangan warna logo anda. Jika anda ada lima warna, maka lima stencils yang akan dibuat.

Jadi antara sulaman logo dan printing baju, yang mana lebih murah??

Kos

Perbezaan yang besar adalah pada set-up kos untuk setiap kaedah.


Sulaman logo pada bahagian dada kiri adalah popular
Kos set-up untuk setiap sulaman logo adalah sama dan tidak bergantung kepada bilangan warna logo anda. 

Kos set-up untuk printing baju adalah mengikut warna. 


Ini bermakna skrin baru diperlukan untuk setiap warna logo anda. 

Contoh: 
Jika logo anda ada lima warna, maka anda perlu bayar kos untuk lima skrin.


Anggaran set-up kos untuk sulaman logo adalah sama dengan kos satu skrin. Jadi set-up (blok) sulaman logo lebih murah berbanding printing baju.

Lagi satu yang perlu anda faham ialah anda perlu bayar kos set-up (blok) semula untuk printing baju pada masa hadapan sedangkan untuk kos set-up (blok) sulaman logo berkomputer adalah hanya sekali seumur hidup.

Kesesuaian


Sulaman logo berkomputer lebih sesuai digunakan pada baju korporat (business shirts) dan baju polo (polo shirts atau golf shirts). Ini kerana sulaman akan menghasikan logo yang lebih stail (stylish), profesional dan mahal manakala printing baju pula nampak “murah”.

Skrin print perlukan skrin berbeza mengikut warna logo.
Semakin banyak warna, semakin banyak skrin
Tetapi printing baju pula terbaik untuk baju cotton (cotton t-shirts). Ini kerana benang-benang sulaman akan nampak lebih tebal dan tak cantik pada baju tshirt biasa (cotton tshirt). Baju tshirt biasa(tidak berkolar) juga akan berkedut jika disulam.

Sekarang anda dah tahu serba sedikit tentang sulaman logo dan printing baju.