Tips Pemilihan Baju Korporat
Ramai yang beranggapan baju korporat hanya sekadar sehelai pakaian yang biasa. Tapi sebenarnya baju korporat juga boleh memberi impak dari segi penampilan si pemakai.
Antara waktu yang paling dipakai ialah ketika ke pejabat, menghadiri mesyuarat penting atau pun majlis formal. Namun ramai juga yang masih samar-samar tentang bagaiana memilih baju korporat yang sesuai untuk menyerlahkan lagi penampilan berbeza. Banyak perkara yang perlu kita tahu tentang sehelai baju korporat. Ini termasuklah kualiti, stail dan perinciannya.
Tips berikut membantu kita semua memilih sehelai baju korporat yang tepat.
1. Warna baju korporat
Warna baju yang sesuai dengan imej syarikat akan meningkatkan lagi keyakinan pelanggan untuk berinteraksi dengan kita. Kombinasi warna yang sesuai dalam baju korporat amat penting untuk menjaga imej korporat syarikat. Apa yang paling penting ialah menyerlahkan warna dan bukannya corak.
2. Fabrik
Terdapat 3 fabrik baju korporat yang sering digunakan iaitu:
i) Comb Cotton
Kain jenis ini mudah dibasuh,lembut,tahan lama,sejuk dan selesa dipakai. Keburukan cotton ialah ianya cepat melebar dan warnanya cepat hilang dibawah cahaya matahari. Pakaian sukan dan pakaian kanak-kanak disarankan memilih kain jenis ini.
ii) Viscose
Viscose mempunyai rupa seperti sutera dan rasa, ia bernafas seperti kapas dan mempunyai baik 'drape.' Ia agak ringan, mengakibatkan dalam pakaian ringan.
iii) Poly Soft
Kelebihan baju korporat jenis poly soft adalah bahawa ia adalah kuat dan tahan kusut. Malahan baju korporat jenis ini dapat mengekalkan bentuk pakaian dengan agak baik. Tahukah anda fabrik ini sering dicampur dengan kapas untuk membantu mengekalkan bentuk dan mencegah dari kedutan. Di samping itu baju korporat jenis poly soft ini juga sangan mudah dicuci. Ia agak lembut dan licin.
3. Design/ Reka Bentuk
Reka bentuk baju korporat merupakan ciri paling utama semasa pemilihan pakaiani. Ia bergantung dengan konsep dan tujuan korporat samada pelanggan mahukan sesuatu yang ringkas atau unik dalam menentukan identiti korporat masing-masing. Baju korporat berwarna putih biasanya lebih formal berbanding yang berwarna-warni.
4. Saiz
Perkara penting yang mesti anda tahu dan pastikan sebelum membeli sehelai baju korporat adalah saiznya. Adakah saiz yang anda pilih sepadan dengan saiz tubuh anda? Adakah ia terlalu kecil atau terlalu besar? Kini terdapat pelbagai jenis potongan baju.
Slim fit antara yang semakin popular berbanding potongan klasik. Untuk anda berbadan besar, pilihlah saiz yang sepadan. Saiz terlalu besar membuatkan anda kelihatan lebih besar.
Bagi mereka yang agak berotot, slim fit membuatkan anda tampil segak bergaya.
Semoga tips baju korporat ini memberi manfaat kepada anda.
No comments:
Post a Comment