Sunday, March 27, 2016

Yang mana lebih baik antara sulaman logo dan printing baju?

Sulaman logo dan printing baju merupakan dua kaedah meletakkan logo pada pakaian.


Tuala homestay, hotel, syarikat korporat dan tuala 
hantaran perkahwinan digunakan secara meluas di Malaysia
Dengan sulaman logo, logo anda dihasilkan menggunakan variasi warna benang. 

Benang ini dijahit pada pakaian atau kain anda dengan bantuan mesin sulaman berkomputer. 

Semasa sulaman logo, setiap "artwork" atau logo anda perlu di “digitized” kepada program komputer supaya mesin sulaman faham dan tahu apa yang perlu dijahit.

Berbeza dengan printing baju, logo anda dihasilkan menggunakan variasi warna dakwat. Dakwat dakwat ini dimampatkan melalui lubang skrin (atau stencils) dan terus ke atas pakaian anda. 

Stencils perlu dihasilkan mengikut bilangan warna logo anda. Jika anda ada lima warna, maka lima stencils yang akan dibuat.

Jadi antara sulaman logo dan printing baju, yang mana lebih murah??

Kos

Perbezaan yang besar adalah pada set-up kos untuk setiap kaedah.


Sulaman logo pada bahagian dada kiri adalah popular
Kos set-up untuk setiap sulaman logo adalah sama dan tidak bergantung kepada bilangan warna logo anda. 

Kos set-up untuk printing baju adalah mengikut warna. 


Ini bermakna skrin baru diperlukan untuk setiap warna logo anda. 

Contoh: 
Jika logo anda ada lima warna, maka anda perlu bayar kos untuk lima skrin.


Anggaran set-up kos untuk sulaman logo adalah sama dengan kos satu skrin. Jadi set-up (blok) sulaman logo lebih murah berbanding printing baju.

Lagi satu yang perlu anda faham ialah anda perlu bayar kos set-up (blok) semula untuk printing baju pada masa hadapan sedangkan untuk kos set-up (blok) sulaman logo berkomputer adalah hanya sekali seumur hidup.

Kesesuaian


Sulaman logo berkomputer lebih sesuai digunakan pada baju korporat (business shirts) dan baju polo (polo shirts atau golf shirts). Ini kerana sulaman akan menghasikan logo yang lebih stail (stylish), profesional dan mahal manakala printing baju pula nampak “murah”.

Skrin print perlukan skrin berbeza mengikut warna logo.
Semakin banyak warna, semakin banyak skrin
Tetapi printing baju pula terbaik untuk baju cotton (cotton t-shirts). Ini kerana benang-benang sulaman akan nampak lebih tebal dan tak cantik pada baju tshirt biasa (cotton tshirt). Baju tshirt biasa(tidak berkolar) juga akan berkedut jika disulam.

Sekarang anda dah tahu serba sedikit tentang sulaman logo dan printing baju.





Monday, March 21, 2016

Ketahui Cara Mudah Serlahkan Logo Anda Pada Personalized T-Shirts




Dunia ini memang ramai orang yang kreatif dan mampu mencipta logo yang cantik. Antara pereka logo ada yang melukis cat, menggunakan huruf dan juga info grafik. Medium untuk logo juga banyak seperti dinding di jalanan, kain kanvas atau t-shirt.

Tahukah anda t-shirts boleh menjadi platform yang efektif untuk logo?
Sejak beberapa tahun kebelakangan hingga lah sekarang custom shirts telah menjadi trend untuk menyerlahkan logo.


Anda boleh pilih samada untuk mencetak atau menggunakan khidmat sulaman berkomputer pada personalized t-shirts. Kedua-dua industri sulaman berkomputer dan printing telah berkembang dengan baik menggunakan teknologi terkini. 



Perkembangan sulaman berkomputer telah membolehkan industri untuk menghasilkan pelbagai rekaan t-shirt dalam aktiviti pemasaran atau personalized t-shirt. 



Termasuk la custom polo shirts, logo baju, jata negara dan bendera yang cantik.

Anda berpeluang untuk menyerlahkan design anda pada personalized t-shirts.

Mungkin juga anda mahu mengeluarkan pakaian baru, anda juga boleh hasilkan hadiah sulaman kepada rakan atau pasangan tercinta. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan sulaman ketika musim perayaan. Anda boleh letakkan ucapan cinta dan mesej bersama nama penerima. Anda juga boleh menghasilkan baju polo bersama logo untuk grup dan pasukan anda.

Anda nak tahu yang mana satu lebih baik? Sulaman atau skrin printing? Klik link ini: Sulaman berkomputer atau skrin printing?


Saturday, March 12, 2016

Berapa Lama Masa Diambil Untuk Siapkan Pesanan Sulaman Logo Baju?

Zaman sekarang kebanyakan perkara boleh didapati dari internet. Semuanya dihujung jari dan paling penting, ia mesti pantas! 

Begitu juga halnya bila kita memesan barangan daripada syarikat yang bagus, barang mesti dihantar selewat-lewatnya esok. laju tu.

Oleh kerana keadaan seperti ini lah pasti anda nak tahu berapa lama pesanan sulaman anda akan diterima. Selalunya jawapan tidak lah seringkas soalan. Tapi kami akan ringkaskan supaya semua pelanggan kami faham.

Sebab utama sulaman logo pada baju mengambil masa yang lama ialah semuanya "custom made".  Setiap pesanan yang dihantar oleh Eyang Dcraft Enterpise adalah berbeza dari segi logo sulaman dan jenis pakaian. 


Syarikat yang menjual 1 produk yang sama lebih senang mengeluarkan produk itu dari gudang, bungkus dan pos.

Tetapi bagi kami, ia adalah mustahil untuk secepat itu kerana kami perlu menyulam tempahan yang berbeza-beza dari setiap pelanggan kami. Kemudian barulah kami akan buat pembungkusan dan penghantaran.

Sebab kedua ialah merangkumi kawalan kos dan logistik. Secara jujur kami tidak menyimpan stok untuk setiap produk. Apabila kami menerima tempahan, Eyang DCraft akan memesan pakaian spesifik dari pembekal. Walaupun pesanan baju boleh diperolehi dalam 1 hingga 3 hari, ia masih memakan masa.

Dengan cara tidak menyimpan stok ini, kami berjaya menjimatkan kos dan berupaya kekalkan harga yang rendah. Boleh anda bayangkan jika kami terpaksa menyimpan setiap rekaan baju, saiz dan warna? Fuhhh.. memang banyak baju dan banyak juga tambahan kos.

Sebab terakhir ialah tempoh masa produksi. Produksi memerlukan masa untuk terima, asing kan dan menyediakan pakaian untuk proses sulaman. Bukan itu saja, logo sulaman juga perlu melalui proses R&D (research and development) untuk memastikan tempahan dapat disulam dengan baik pada pakaian anda. Sama seperti apa yang pelanggan kami mahu.

Di Eyang DCraft Enterprise, kami akan menghantar pesanan dalam 2 hingga 21 hari. Dalam industri ini, masa kami lebih baik dari kebanyakan pesaing lain. Ada syarikat yang mampu buat lebih pantas tetapi kebanyakannya tidak lah sebaik itu. 


Malahan, hampir setiap hari kami mendengar rungutan pelanggan terpaksa menunggu selama 4 minggu atau lebih untuk pesanan mereka!

Kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan setiap proses bergerak sepantas yang mungkin. Jika anda bandingkan kami dengan syarikat produk biasa, sulaman logo memang memerlukan masa yang agak lama. Tetapi jika anda bandingkan kami dengan syarikat yang memberi perkhidmatan sulaman, kami adalah antara yang terpantas.

Monday, March 7, 2016

Bagaimana Nak Tahu Harga Untuk Sulaman Logo: Ia taklah susah sangat sebenarnya.


Anda tertarik dengan kelebihan dan kualiti sulaman pada pakaian. Jadi anda ingin gunakan perkhidmatan sulaman logo pada pakaian. 

Contohnya anda nak sulam jata negara atau bendera selangor. Proses pencarian pun bermula melalui enjin pencarian ‘Google’ dan anda terjumpa beberapa syarikat yang memberikan perkhidmatan sulaman.



Tapi semaking banyak anda cari semakin pening kepala jadinya sebab cara mereka letakkan harga pun berbeza-beza.

Secara asasnya ada 2 cara untuk menentukan harga sulaman logo ni. Bukan harga printing baju yea..


Kiraan Jarum Benang (Stitch Count)



Harga ditentukan mengikut bilangan jahitan untuk hasilkan logo sulaman pada pakaian. So, lagi banyak jahitan lagi lama lah mesin sulaman bekerja dan semakin tinggi la kos nya.

Anda akan lihat biasanya harga adalah seringgit (RM1) setiap seribu (1000) jahitan. Contohnya logo standard berjumlah 10,000 jahitan dan harga untuk jahit pada baju adalah RM10 je.

Ada juga syarikat yang jadikan proses ni sangat susah dan komplikated. 

Contohnya:

Harga sulaman pada baju atau topi merangkumi 6 warna setiap logo, sehingga 10,000 bilangan jahitan untuk logo pertama, dan juga sehingga 5,000 bilangan jahitan untuk tambahan lokasi.
RM0.35 untuk setiap 1,000 bilangan jahitan tambahan untuk setiap logo (tanpa mengira bilangan pembelian)

Jadi berapa harga nya jika logo saya ada 7 warna? Kan dah pening.. haha..

Cuba anda bayangkan sebagai pelanggan yang nak tempah kurang dari 5 helai. Macamana nak kira tu?

Kelebihan harga ikut bilangan jahitan adalah pusat sulaman berkomputer dapat kaver kos pengeluaran dengan tepat.

Tapi ada 2 kelemahan cara ini, logo mesti dihasilkan dulu dalam format mesin untuk tahu bilangan jahitan dan harganya. Pelanggan terpaksa menunggu antara 24jam sehingga 48jam untuk tahu harga.

Pelanggan sebenarnya tidak tahu berapa bilangan jahitan sebenarnya. Hanya pusat sulaman yang tahu dan cara ini tidak telus. 

Pelanggan tidak boleh mempersoalkan tentang harga setelah pusat sulaman beritahu jumlah bilangan jahitan. Terima je laa..

Cara Harga Tetap


Ini adalah cara Pusat Sulaman Berkomputer Eyang DCraft Enterprise gunakan. Cara harga tetap.

Kos untuk logo pelanggan adalah tetap dan tidak gunakan kaedah bilangan jahitan. Cara ini lebih telus dan pelanggan boleh buat keputusan dengan cepat.

Sangat simple. Tak perlukan quotation kompleks dan tak perlukan bilangan jahitan.

Jadi, kenapa pusat sulaman lain tidak gunakan cara ni? Soalan yang baik.. 

Jawapannya industri ini telah lama gunakan cara bilangan jahitan dan ia semakin diterima dikalangan syarikat sulaman.

Cara ini lebih menyenangkan pengiraan kos syarikat dan bukannya menyenangkan pengguna.


Setelah mengambil kira tentang keselesaan pelanggan, Pusat Sulaman Berkomputer Eyang DCraft buat keputusan untuk gunakan cara harga tetap. Pelanggan juga berpuas hati dengan cara dan sebab kami.