Zaman
sekarang kebanyakan perkara boleh didapati dari internet. Semuanya dihujung
jari dan paling penting, ia mesti pantas!
Begitu
juga halnya bila kita memesan barangan daripada syarikat yang bagus, barang
mesti dihantar selewat-lewatnya esok. laju tu.
Oleh
kerana keadaan seperti ini lah pasti anda nak tahu berapa lama pesanan sulaman
anda akan diterima. Selalunya jawapan tidak lah seringkas soalan. Tapi kami
akan ringkaskan supaya semua pelanggan kami faham.
Sebab
utama sulaman logo pada baju mengambil masa yang lama ialah semuanya
"custom made". Setiap pesanan yang dihantar oleh Eyang Dcraft
Enterpise adalah berbeza dari segi logo sulaman dan jenis pakaian.
Syarikat yang menjual 1 produk yang sama lebih senang mengeluarkan produk itu dari gudang, bungkus dan pos.
Tetapi
bagi kami, ia adalah mustahil untuk secepat itu kerana kami perlu menyulam
tempahan yang berbeza-beza dari setiap pelanggan kami. Kemudian barulah kami
akan buat pembungkusan dan penghantaran.
Sebab
kedua ialah merangkumi kawalan kos dan logistik. Secara jujur kami tidak
menyimpan stok untuk setiap produk. Apabila kami menerima tempahan, Eyang
DCraft akan memesan pakaian spesifik dari pembekal. Walaupun pesanan baju boleh
diperolehi dalam 1 hingga 3 hari, ia masih memakan masa.
Dengan
cara tidak menyimpan stok ini, kami berjaya menjimatkan kos dan berupaya
kekalkan harga yang rendah. Boleh anda bayangkan jika kami terpaksa menyimpan
setiap rekaan baju, saiz dan warna? Fuhhh.. memang banyak baju dan banyak juga
tambahan kos.
Sebab
terakhir ialah tempoh masa produksi. Produksi memerlukan masa untuk terima,
asing kan dan menyediakan pakaian untuk proses sulaman. Bukan itu saja, logo
sulaman juga perlu melalui proses R&D (research and development) untuk
memastikan tempahan dapat disulam dengan baik pada pakaian anda. Sama seperti apa
yang pelanggan kami mahu.
Di
Eyang DCraft Enterprise, kami akan menghantar pesanan dalam 2 hingga 21 hari.
Dalam industri ini, masa kami lebih baik dari kebanyakan pesaing lain. Ada
syarikat yang mampu buat lebih pantas tetapi kebanyakannya tidak lah sebaik
itu.
Malahan, hampir setiap hari kami mendengar rungutan pelanggan terpaksa menunggu selama 4 minggu atau lebih untuk pesanan mereka!
Kami
berusaha sedaya upaya untuk memastikan setiap proses bergerak sepantas yang
mungkin. Jika anda bandingkan kami dengan syarikat produk biasa, sulaman logo
memang memerlukan masa yang agak lama. Tetapi jika anda bandingkan kami dengan
syarikat yang memberi perkhidmatan sulaman, kami adalah antara yang
terpantas.
No comments:
Post a Comment